Saturday, October 30, 2010

MINGGU 13: JURNAL REFLEKSI


Selamat sejahtera dan salam perpaduan dan salam 1 Malaysia...

Sebelum memulakan apa-apa bicara, saya ingin mengucap syukur kerana berjaya menghabiskan subjek SMP2252 Malaysian Traditional Music. Untuk pengetahuan semua, subjek ini merupakan salah satu subjek wajib bagi pelajar Pendidikan Muzik (AT22). Subjek ini diajar oleh En.Amran Aris dan dekan Fakulti Seni dan Persembahan iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Hassan bin Abdullah. Sepanjang saya belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), inilah subjek pertama yang memperkenalkan penulisan jurnal refleksi melalui blog. Seiring dengan kemajuan teknologi khususnya kemudahan internet seperti Youtube, Blog, Facebook dan sebagainya telah memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran subjek ini.

Secara peribadi, saya mengakui bahawa pada permulaannya saya merasa terbeban kerana terpaksa membuat akaun blog individu sebagai langkah pertama untuk penulisan jurnal refleksi setiap minggu. Namun perasaan terbeban itu hilang selepas En. Amran selesai menunjukkan cara untuk membuatnya. Secara jujur saya katakan bahawa pembuatan akaun blog ini tidaklah sesusah seperti yang saya sangkakan apatah lagi kebanyakan pelajar mempunyai komputer riba sendiri dan telah terdedah dengan penggunaan internet sebelum ini. Saya juga tidak terkecuali kerana sebelum saya menyambung pelajaran saya ke sini, saya mempunyai “cyber cafe” sendiri dan telah lama terdedah dengan penggunaan teknologi internet. Walaupun tidak pernah menjadi “blogger” namun kemahiran sedia ada ini telah memudahkan saya untuk mengikuti arahan tanpa menghadapi sebarang masalah.

Dari segi pengajaran dan pembelajaran pula, ianya berjalan dengan lancar setiap minggu dan begitu juga dengan penulisan jurnal refleksi. Penulisan jurnal refleksi ini bermula pada minggu ke-2 dan selepas minggu ke-7, jurnal refleksi lebih kepada kritikan dan cara penambahbaikan terhadap pembentangan kumpulan yang dilakukan dalam kelas. Pada permulaan penulisan jurnal refleksi ini, saya agak kelam kabut kerana membuat sering membuat kerja “last minute” tetapi ianya hanya berlaku pada 3 minggu pertama. Kini penulisan jurnal refleksi dan kritikan telah berjalan dengan lancar tanpa menghadapi sebarang masalah.

Tepat pada waktunya En.Amran memperkenalkan kaedah pengajaran seperti ini kerana dengan kemudahan teknologi yang serba canggih ketika ini, pengajaran yang melibatkan internet bukanlah sesuatu yang mustahil. Malah kaedah ini telah lama diperkenalkan di negara-negara barat dan banyak kajian yang menyatakan bahawa penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu cara yang efektif untuk menyampaikan pelajaran. Dengan kaedah ini juga, kandungan kursus SMP2252 telah disampaikan dengan lebih kemas, teratur dan sistematik. Jika dilihat pada Rancangan Instruksional (RI) bagi subjek ini, kandungan kursusnya agak banyak dan padat kerana meliputi segala aspek yang penting dalam Muzik Tradisional Malaysia tetapi dengan penggunaan kaedah yang diperkenalkan oleh pensyarah, pengajaran dan pembelajaran dapat disampaikan dan difahami dengan mudah.

Dari segi kemahiran berfikir, secara jujurnya saya mengakui bahawa kaedah pengajaran yang melibatkan teknologi internet sangat membantu dalam meningkatkan kemahiran berfikir pelajar. Kaedah ini bukan sahaja meningkatkan kemahiran berfikir tetapi juga membantu mengembangkan pemikiran pelajar sehingga mencapai tahap kemahiran berfikir yang tinggi yang mana perlu dikuasai oleh pelajar khususnya bakal pendidik. Soalan yang dikemukakan pada setiap minggu sangat membantu pelajar dalam mencapai tahap kemahiran berfikir yang tinggi.
Selain itu, kaedah pengajaran secara kolaboratif juga sangat penting dan memudahkan pelajar memahami isi pelajaran yang disampaikan. Kaedah ini juga membantu pelajar meningkatkan kemahiran komunikasi kerana sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku secara dua hala. Dengan ini, kemahiran interaksi sosial juga dapat dipupuk dalam kalangan pelajar. 

Pembentangan kumpulan juga sangat membantu dalam memahami sesuatu tajuk dengan lebih terperinci. Kajian lapangan yang dibuat oleh rakan-rakan berjaya menarik minat pelajar untuk mengetahui tajuk itu dengan lebih mendalam. Tunjuk cara yang dibuat oleh ahli-ahli kumpulan juga berjaya menarik minat pelajar. Gambar-gambar dan video yang dipaparkan oleh sesebuah kumpulan mengenai kerja lapangan mereka menjadi bukti bahawa adanya pembelajaran yang aktif antara pelajar.

Kesimpulannya, subjek ini sangat menarik ditambahkan lagi dengan penggunaan kemudahan internet dalam pengajaran dan pembelajaran memudahkan pelajar memahami isi pelajaran yang disampaikan. Walaupun di peringkat sekolah kemudahan internet masih lagi terhad dan baru di tahap permulaan, namun di IPTA dan IPTS penggunaan internet telah meluas dan perlaksanaan kaedah ini bukanlah suatu kejutan budaya bagi pelajar. Sebagai seorang bakal pendidik, saya sangat bersyukur kerana berpeluang mempelajari kaedah penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian kerana persekitaran sekolah dijangka akan menggunakan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang. Oleh itu, guru-guru haruslah menguasai kemahiran seperti ini sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran dalam pengajaran pada masa akan datang. Diharapkan kaedah pengajaran yang melibatkan teknologi maklumat dapat membawa pendidikan di Malayia ke arah pencapaian yang lebih cemerlang. 



TARIAN SINGA



Video 1: Tarian Singa


Tarian singa merupakan satu adat warisan tradisional masyarakat Cina yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakkan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Tarian ini akan diiringi oleh gong, dram dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.

Tarian singa ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri iaitu dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orang Asia, terutamanya bagi mereka yang berketurunan Cina. Setiap negara-negara di Asia mempunyai corak dan bentuk tarian singa yang berbeza. Tarian singa ini dipercayai bermula lebih 1000 tahun lalu. Terdapat dua tarian singa yang popular iaitu Tarian Singa Utara dan Tarian Singa Selatan.

Di Malaysia, tarian singa bermula pada abad ke-19 oleh penghijrahan masyarakat Cina dari negara China dan lazimnya dipersembahkan ketika perayaan Tahun Baru Cina serta merupakan persembahan yang penuh bertenaga dan menghiburkan.

Tarian Singa Selatan lebih membawa perlambangan alam sekitar dan selalu dipersembahkan sebagai istiada upacara membuang semangat jahat dan upacara meminta tuah. Dari segi cerita pula, tarian singa selatan membawa cerita 3 wilayah (Three Kingdoms). Tarian Singa Utara pula digunakan sebagai hiburan diraja. Tarian ini lebih bersifat pementasan akrobatik kerana tujuannya sebagai hiburan.

ALAT MUZIK




Gambar 1: Luo (gong)

Mempunyai permukaan yang rata dan leper dipukul dengan kayu pemukul. Alat ini digantung dan pemain akan meletakkan satu tangan di bahagian belakang untuk mengawal bunyi yang dihasilkan semasa bermain.

Untuk mempelajari tentang alat muzik ini dengan lebih terperinci, anda bolehlah melawati laman ini LUO (gong).
Gambar 2: Bo

Merupakan simbal yang diperbuat daripada gangsa. Alat ini dipegang dan dipukul bersama oleh pemain.

Gambar 3: Gu

Alat ini merupakan gendang besar yang berbentuk tong dan hanya mempunyai 1 permukaan kulit pada bahagian atas yang dipakukan pada badan kayu dengan paku besi. Di dalam dram tersebut terdapat beberapa dawai yang memberikan warna ton yang berlainan.

Muzik tarian singa dibahagikan kepada 5 bahagian mengikut gerakan singa.
  • Kemunculan singa - titiran
  • Singa menyembah - titiran
  • Singa berjalan - irama bertitik
  • Singa menjumpai makanan - titiran
  • Ulang 1 dan 3

Sekian...

16 comments:

CHRISTINE on October 30, 2010 at 11:50 PM said...

syabas marlin...ulasan yang memberangsang dan begitu baik...tahniah saudari!!!

SMP2252 SING YING on October 31, 2010 at 1:02 AM said...

Syabas dan tahniah marlin!! Kita telah menempuhi segala kesukaran dan cabaran dalam semester ini dan kini, kita sedang bersedia untuk menempuhi cabaran yang terakhir pada semester ini, iaitu peperiksaan akhir. Semoga kita maju jaya dalam peperiksaan yang akan datang. GOOD LUCK!!! :D

RK_nisa on October 31, 2010 at 2:28 AM said...

Tahniah juga kepada Marlin kerana berjaya mengharungi kursus ini dengan jayanya.saya memahami persaan awak kerana saya 1 kumpulan untuk tugasan dengan awak.hehehe

Teoh Koh Sing on October 31, 2010 at 2:48 AM said...

tahniah marlin........jurnal refleksi terakhir masih padat dan teliti lagi....teruskan perjuangan.....^^

Marlin on October 31, 2010 at 3:06 AM said...

Terima saya ucapakan kepada kawan-kawan yang sudi bertandang dan membuat komen dalam blog saya. Selamat berjuang untuk peperiksaan akhir semester ini..

SMP2252 Azam on October 31, 2010 at 4:40 AM said...

Cabaran guru masa depan adalah pelajar sudah cerdik dengan ICT, apa yang pelajari sepanjang kuliah terutamanya dari segi pembinaan blog diharap akan mampu menjadi satu pengetahuan baharu untuk kita mempelbagaikan kaedah p&p..kita tidak mahu menjadi guru yang serba ketinggalan ..selamat untuk final exam nanti

~cikshue~ on October 31, 2010 at 5:08 AM said...

semoga apa yang kita peroleh daripada kursus ini akan melengkapkan diri kita dengan ilmu mengenai muzik tradisional Malaysia...~

SMP2252 FARAH on October 31, 2010 at 5:21 AM said...

padat & lengkap.. Pujian daripada saya kerana anda pandai membahagikan masa & berjaya mengukas serta memberikan idea2 yang bernas. tahniah..

SMP2252 ASHARI on October 31, 2010 at 6:14 AM said...

saya stuju bnyak kemudahan yg kita dapat dengan adanya bloger sendiri.

SMP2252 Holoahshin on October 31, 2010 at 6:52 AM said...

Yup .... Ari.... we learn many thing in this course..

SMP2252 FARAH on October 31, 2010 at 7:27 AM said...

yes ari, byk kte pelajari tentng kursus ini. salah 1 nya, cara membuat blog.. =)

Teoh Koh Sing on October 31, 2010 at 8:09 AM said...

ya.....i totally agree with u guys.....i just realize that blog is quite useful in the process of learning...

RK_nisa on October 31, 2010 at 8:13 AM said...

yeah.saya juga sudah semakin pandai buat blog.sebenarnya sebelum ini saya pernah ambil subjek pengayaan diri Pembangunan Blog dan Laman Web.

aniey_annatasia on October 31, 2010 at 8:37 AM said...

Marlin, penulisan jurnal yang sangat bagus sejak dari minggu pertama sehingga sekarang..Syabas...

pingcall on December 24, 2018 at 11:48 PM said...

Account hacked issue in Binance
Binance is most trusted online trading platform when it comes to security. But users are still circumspect of the hackers. Are you also facing account hacked issue in Binance? Such an issue isn't very alarming and can be tackled in a short span of time. The highly professional executive at Binance solves all your queries carefully and provides users with precise answers. Dial Binance Not Able to Login 800-665-6722 and enjoy seamless services. https://www.cryptophonesupport.com/exchange/binance/

Sophia on January 16, 2019 at 2:39 AM said...

It's quite a frustrating when you are doing something important and suddenly time out error pop us on screen in your Itbit account? Such errors are quite difficult and in order to avail the best solution, you can dial Itbit support number +1800-665-6722 which is functional all the time and is the medium to all the users who get into errors and need immediate and accessible solutions. The team is there to give their best shot.

itbit number
itbit Support Number
itbit Phone number
itbit Support
itbit.com Exchange
itbit Customer Support

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 MARLIN Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template