Saturday, October 23, 2010

MINGGU 12: JURNAL REFLEKSI


Selamat sejahtera, salam perpaduan dan salam 1 Malaysia...

Bertemu lagi dalam penulisan jurnal refleksi pada minggu ini. Minggu ini merupakan minggu yang agak sibuk bagi saya dan mungkin juga rakan-rakan yang lain. Hal ini demikian kerana saya perlu bersedia untuk Final Perfomance Instrumental Ensemble III, kelas, tugasan, dan yang paling penting sekali ialah persediaan pembentangan kertas kerja "Pendidikan Keselamatan Jalan Raya" yang telah dibentangkan dengan jayanya di hadapan Naib Canselor semalam (Sabtu). Saya bersyukur kerana penat lelah kumpulan kami semasa bertugas dan membuat kerja lapangan berbaloi apabila mendapat tempat pertama dalam pertandingan pembentangan kertas kerja tersebut. 


Berbalik kepada subjek Malaysian Traditional Music, tajuk kuliah pada minggu ini ialah Gendang 24 Musim. Pada awal kuliah, kami telah disajikan dengan tanyangan video yang memaparkan persembahan gendang 24 musim.





GENDANG 24 MUSIM




Video 1: Persembahan Gendang 24 Musim


Gendang 24 musim ini adalah diasaskan oleh seorang guru muzik Encik Chen Wei Chong pada Jun 1988. Peralatan yang digunakan ketika itu adalah diimport atau dibeli dari negara China dan persembahan ini adalah berasaskan satu musim pertanian di negara China. Hal ini boleh dilihat dengan penulisan nama musim tersebut pada gendang dengan kaligrafi Cina.
 
Setiap pemain gendang ini akan memakai kostum tradisional lelaki Cina dan menggunakan prop lain seperti topeng, bendera berwarna warni dan kain panjang berwarna. Alat yang digunakan dalam persembahan ini ialah 24 buah gendang Shigu yang juga digunakan sebagai dram tarian singa seperti yang selalu kita lihat terutamanya ketika perayaan Tahun Baru Cina. Namun begitu, ada juga yang menggunakan gendang Longgu. Kedua-dua gendang ini hampir sama dan merupakan gendang besar berbentuk tong. Permukaan gendang ini selalunya menggunakan kulit kerbau atau lembu yang dipaku pada bahan kayu dengan paku besi.


Gambar 1 : Shigu


 Gambar 2 : Longgu

Dalam persembahan ini, terdapat konsep-konsep JIE QI yang tertentu. Di Malaysia, idea persembahan ini dicetuskan oleh En. Tan Chai Pan iaitu seorang penyajak dan budayawan Cina tempatan. Pada ketika itu, persembahan hanya melibatkan 9 biji gendang yang berasaskan konsep 24 JIE QI (musim) mengikut kalendar tani di negara China.
 
Persembahan ini mendapat respon dari En. Tan Hooi Soong. Beliau menggunakan pukulan gendang shigu dengan iringan koreografi badan yang canggih dan menakjubkan telah menghasilkan persembahan yang gagah dan gemuruh. Dari sinilah lahirnya persembahan seni baru ciptaan tulen orang Cina di Malaysia.

Sekian sahaja buat kali ini.... bertemu lagi di minggu hadapan....!~

6 comments:

smp2252shafry on October 29, 2010 at 6:44 AM said...

okey juga ni..tingkatkan lagi ya....

SMP2252 NADIA on October 30, 2010 at 5:35 AM said...

maklumat yang bagus dan padat..mungkin di Upsi juga perlu diperkenalkan muzik ini..adakah gendang ini adalah gendang yang sama digunakan dalam tarian singa?

SMP2252 WONG SOON EN on October 30, 2010 at 8:02 AM said...

High Five...... akhirnya kita berjaya mengharungi saat-saat kesibukan yang teramat sangat itu dan kita masih dalam keadaan mental yang normal.......

~cikshue~ on October 30, 2010 at 8:16 AM said...

seperti jurnal yang sebelumnya, kupasan anda amat padat!Tahniah~

CHRISTINE on October 30, 2010 at 11:59 PM said...

penjelasan yang baik...teruskan perjuangan anda...

Teoh Koh Sing on October 31, 2010 at 2:46 AM said...

saya suka baca blog marlin....sangat teliti dan banyak maklumat dari blog marlin.....

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 MARLIN Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template