Friday, July 30, 2010

MINGGU 3: JURNAL REFLEKSI


Selamat sejahtera, salam perpaduan dan salam 1 Malaysia...

Entri saya pada minggu ini merupakan jurnal refleksi bagi kuliah minggu ke-3 subjek Muzik Tradisional Malaysia. Seperti biasa, kuliah berjalan dengan lancar serta menarik walaupun pensyarah tidak dapat menunjukkan video yang memerlukan talian internet untuk membukanya. Walaupun begitu, En. Amran banyak menunjukkan video yang sedia ada dalam komputer riba beliau. Pembelajaran pada minggu ini lebih fokus kepada 3 tajuk iaitu kaedah klasifikasi, kategori dan ciri-ciri muzik tradisional Malaysia.

Penciptaan alat muzik diilhamkan melalui pemerhatian pada sumber alam dan menerusi eksploitasi bahan-bahan semulajadi seperti kulit haiwan, tumbuh-tumbuhan, tulang dan tanduk. Bermula hanya dengan bertepuk tangan, menghentak kaki, bersiul, mengetuk kayu dan sebagainya, alat muzik ini terus mengalami evolusi ke tahap yang lebih kompleks dan kompetetif. Pengaruh dan pertembungan budaya dari luar yang berlaku pada zaman-zaman perdagangan dan penjajahan banyak mempengaruhi alat muzik tempatan.

Berbilang asal usul telah melahirkan alat muzik tradisional yang pelbagai lantas melahirkan warisan seni muzik yang kaya dan kompleks. Meskipun bersempadan budaya masing-masing, namun ia berjaya membentuk identiti tersendiri dan menonjolkan ciri-ciri persamaan yang dapat dikongsi bersama oleh pelbagai kaum di negara ini.


PERSPEKTIF ADAPTASI DAN IDIOSINKRETIK


Adaptational (Penyesuaian)

Adaptational atau penyesuaian bermaksud seni muzik tradisional termasuk suara, mode muzik, pembuatan dan hiasan yang telah dipengaruhi serta disesuaikan dengan budaya setempat. Tindak balas juga mengikut keadaan ekologi. Contoh bentuk penyesuaian yang terdapat di Malaysia ialah Ghazal Pathi, Ghazal Johor dan banyak lagi. Di Arab pula Baladi Dance dan Ya Zuhur manakala di Indonesia ialah Orkes Gambus.


Video 1 : Ghazal Johor


Idiosyncratic (Idiosinkretik)

Idiosinkretik ialah cara atau gaya yang tersendiri dan sulit. Idiosinkretik lebih berfokus kepada alat muzik daripada luar yang diambil tanpa melakukan apa-apa perubahan dalam aspek mode muzik dan prinsip akustik yang merangkumi sistem talaan, pemasangan dan kedudukan posisi tali. Kestabilan unsur dan bentuk asal juga dikekalkan. Contoh idiosinkretik yang terdapat di Malaysia ialah Gambus atau Gambus Hadramaut yang berasal dari Timur Tengah yang dibawa ke dunia Melayu pada abad ke-14.


Gambar 1 : Gambus


Untuk mempelajari tajuk ini dengan lebih lanjut, anda bolehlah membaca artikel ini.
(Link)

Alat muzik merupakan suatu instrumen yang dibuat atau dimodifikasi untuk tujuan menghasilkan muzik. Dalam erti kata lain, segala sesuatu yang menghasilkan suara dan dengan cara tertentu boleh diatur oleh pemuzik, dikenali sebagai alat muzik. Walaupun demikian, istilah ini umumnya diperuntukkan bagi alat yang khusus ditujukan untuk muzik.


KLASIFIKASI ALAT MUZIK

Beberapa jenis klasifikasi telah digunakan bagi mengkelaskan alat-alat muzik berdasarkan ciri-ciri tertentu. Budaya muzik Cina, India dan Eropah mempunyai sistem penyusunan alat muzik yang tersendiri.


Cina

Dalam tamadun China purba, semua alat muzik dapat diklasifikasikan mengikut bahan utama yang digunakan dalam pembuatan alat muzik tersebut. Antara bahan tersebut termasuklah logam, batu, tanah, belulang, sutera, labu, buluh dan kayu.


Gambar 2 : Alat Muzik Yang Diperbuat Daripada Kayu

India

Tamadun India purba pula mengumpulkan alat muzik mengikut klasifikasi gong, simbal, gendang, alat bertali dan alat yang ditiup.

Gambar 3 : Alat Muzik Tradisional India

Barat

Alat muzik barat digunakan khusus sebagai alat muzik orkestra barat. Terdapat 4 klasifikasi alat iaitu percussions, strings, brass dan woodwind.

Gambar 4 : Alat Muzik Barat


Percussions atau perkusi ialah alat muzik yang dimainkan secara pukulan, paluan, ketukan atau goncangan. Antara alat muzik ini termasuklah timpani, pelbagai jenis drum, simbal, kerincing, tamborin dan lain-lain. Alat muzik berpic pula termasuklah zailofon, metalofon, glokenspil dan bellyre.

String atau alat muzik bertali digunakan untuk mengklasifikasikan semua jenis alat muzik bertali iaitu violin, viola, violoncello, double bass, harps dan lain-lain.

Brass ialah klasifikasi alat tiupan yang dibuat daripada logam. Contoh alat muzik brass ialah trumpet, trombon, french horn, tuba dan sausofon.

Woodwind ialah alat muzik tiupan yang pada masa dahulunya dibuat dari bahan kayu. Kebanyakan alat ini, menggunakan reed bagi menghasilkan bunyi. Reed diperbuat daripada buluh yang diraut nipis. Antara alat muzik woodwind ialah klarinet, saksofon, flut, pikolo, oboe dan basun. Pada masa kini, terdapat alat muzik woodwind yang dibuat daripada logam, plastik dan bahan gentian kaca.

Alat muzik barat juga diklasifikasikan dengan kaedah pengklasifikasian Sachs-Hornbostel seperti yang kita telah pelajari pada kuliah minggu ke-2.

(Ruj: http://tabuhemas.com/nota02_klasifikasi.html)


Muzik tradisional adalah muzik oleh sesuatu kaum. Ia bergantung pada budaya, adat dan penerimaan sesebuah bangsa. Setiap bangsa mempunyai ciri-ciri muzik yang tersendiri. Di Malaysia, kebanyakan peralatan muzik tradisional zaman dulu banyak dimainkan oleh golongan-golongan bangsawan sahaja. Namun dengan peredaran masa, rakyat biasa juga tidak ketinggalan menikmati alunan muzik tradisional ini.


KATEGORI DALAM MUZIK TRADISIONAL MALAYSIA

Ciri-ciri utama ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu tradisi besar yang merangkumi budaya klasik atau istana. Ciri yang kedua ialah tradisi kecil iaitu budaya rakyat itu sendiri.

Terdapat 4 kategori utama muzik. Antaranya ialah muzik rakyat, muzik klasik, muzik sinkretik dan muzik kontemporari.


Muzik Rakyat

Muzik rakyat diamalkan oleh masyarakat desa atau petani. Muzik seperti ini tidak mudah untuk berubah. Latihan juga adalah bersahaja dan selalunya menggunakan sistem abjad. Selain itu, muzik ini juga diperturunkan dengan menggunakan kaedah peniruan (rote method). Muzik ini merupakan cerminan nilai dasar dan kebudayaan kepada masyarakat Melayu tradisional contohnya Wayang Kulit, Kuda Kepang dan Zapin.


Video 2 : Zapin


Muzik Klasik

Muzik ini dimainkan di bandar atau istana. Muzik ini juga mempunyai asas sejarah dan teori yang agak kukuh di samping mempunyai transmisi intelek dan sistematik. Repertoire muzik ini adalah dalam bentuk Genre. Contoh muzik klasik ialah Gamelan, Nobat, Orkestra Karnatik dan banyak lagi.


Video 3 : Gamelan


Muzik Sinkretik

Muzik sinkretik diamalkan oleh budaya bandar dan desa. Muzik ini merupakan gabungan muzik rakyat dan klasik. Muzik sinkretik terdiri daripada muzik tarian dan muzik vokal di samping mempunyai sifat yang fleksibel. Contoh muzik sinkretik ialah Ghazal, Dondang Sayang dan Asli.


Video 4 : Dondang Sayang


Muzik Kontemporari

Muzik ini mempunyai ciri muzik barat dan digubah oleh pemuzik popular. Muzik ini berubah dalam jangka masa pendek dan mempunyai sistem notasi yang sistematik serta kebiasaannya dipinjam dari sumber luar.

Untuk mempelajari kategori utama dalam muzik tradisional Malaysia, anda bolehlah melawati laman ini. ( Link )

Seni muzik merupakan satu dari seni hasil luahan rasa manusia yang menggambarkan identiti dan perlambangan sikap sesuatu bangsa. Bangsa-bangsa di Malaysia turut mempunyai seni muzik mereka yang tersendiri dan unik berdasarkan keadaan negara Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dan etnik. Terdapat 6 ciri-ciri utama muzik tradisional Malaysia. Antaranya ialah bentuk seni lakon utama, bentuk tarian utama, ensemble genderang, vokal dan instrumental solo, ensemble sosial popular dan ensemble lain.


CIRI-CIRI MUZIK TRADISIONAL MALAYSIA

Bentuk Seni Lakon Utama (Dramatari)

Bentuk seni lakon utama mempunyai ciri-ciri teater dan muzik wilayah. Selain itu, bentuk ini juga dikuasai oleh alat muzik perkusi (percussions) dan merupakan muzik kamar (chamber ensemble). Bentuk ini mengutamakan alat idiofon dan membranofon manakala alat aerofonn dan kordofon biasanya akan memainkan melodi. Contoh bentuk seni lakon utama ialah Mak Yung, Wayang Kulit, Mekmulung, Bangsawan, Randai dan Opera Cina.



video
Video 5 : Randai


Muzik Bentuk Tarian Utama

Bentuk ini merupakan tradisi muzik yang mengiringi tarian. Ianya terbahagi kepada dua iaitu tradisi kesenian tinggi dan tradisi kesenian rakyat. Tradisi kesenian tinggi memerlukan pemuzik dan penari terlatih contohnya Tarian Asyik, Joget Gamelan, Gamelan Jawa, Tarinai dan Zapin. Contoh tradisi kesenian rakyat ialah Ngajat, Datun Julud, Muzik Tarian Sumazau, Magarang dan Muzik Tarian Singa.



Video 6 : Tarian Sumazau


Muzik Ensembel Genderang

Muzik jenis ini adalah 'Stand Alone' atau mengiringi muzik bentuk tarian utama. Muzik ini juga mengiringi aktiviti kerja, upacara dan ritual tertentu atau seni mempertahankan diri. Contoh muzik ini ialah Kompang, Hadrah, Rodat, Dabus, Gendang Keling, Nobat, Caklempong, Huduk Apa, Bek Alu, Kesut, Tumbuk Kalang, Kertuk dan banyak lagi.



Video 7 : Kertuk


Muzik Vokal Dan Instrumental Solo

Muzik ini melibatkan seluruh aspek masyarakat dan merupakan muzik iringan semasa meraihkan anak yang baru lahir, sosiolisasi dan funeral. Muzik ini merupakan sastera lisan yang disebarkan melalui nyanyian, genealogi (salasillah) di kalangan kaum serta mempunyai daya kreatif dan kemahiran gaya hidup masyarakat.

Contoh vokal termasuklah Zikir, Lagu Menyambut Tetamu (Kayan), Pantun (Kenyah), Wa (Berbentuk cerita-Kaum Kajang), Kui (Kisah penanaman padi) dan Timang (Iban).

Contoh instrumental termasuklah Organ Mulut (Keluri, Sompoton, Seruling, Suling, Nabat) dan Ziter (Krem, Satong, Kecapi, Sapeh, Sundatang, Gagayan).

Gambar 5 : Sompoton


Muzik Ensembel Sosial Popular

Muzik ini lebih cenderung sebagai hiburan, keramaian dan majlis perayaan. Selain itu, muzik ini juga menghasilkan muzik sinkretik, mengiringi tarian ronggeng, nyanyian dalam keroncong dan ghazal, perbalasan pantun seperti dondang sayang dan dikir barat. Di samping itu, muzik ini merupakan cantuman unsur muzik tempatan dengan unsur muzik budaya luar. Contoh bentuk muzik ini termasuklah Ronggeng, Dondang Sayang, Keroncong, Dikir Barat dan Orkestra Cina Moden (Huanyue Tuan).



Video 8 : Dikir Barat


Muzik Bentuk Lain

Terdapat pelbagai genre muzik di Malaysia yang masih belum diselidik, didokumentasi dan dianalisi secara mendalam. Contoh muzik bentuk lain ialah Jiduran Berundai (Kedah), Barongan dan Bongai (Negeri Sembilan) dan bentuk seni lakon seperti Rodat, Hadrah, Ghazal, Tok Slampit, Awang Batil, Jubang Linggang, Kaba, Borio, Menora, Orkestra Klasik India, Muzik Masyarakat Portugis Melaka dan banyak lagi.

Untuk mempelajari tajuk ini dengan lebih lanjut, anda bolehlah melayari laman ini.
(Link), (Link)

Sebagai kesimpulan, negara kita amat jauh ketinggalan dari segi pemuliharaan dan pembangunan muzik tradisional jika dibandingkan dengan negara-negara lain seperti China, Mongolia dan Korea. Walaupun begitu, muzik tradisional perlu dipertahankan dalam apa cara sekalipun kerana muzik tradisional merupakan budaya yang tidak ternilai. Hilang budaya maka hilanglah bangsa.

Sekian dan terima kasih.
Teruskan Membaca...

Tuesday, July 27, 2010

MINGGU 2: JURNAL REFLEKSI



Selamat sejahtera, salam perpaduan dan salam 1 Malaysia..

Jurnal ini merupakan refleksi kepada kuliah minggu ke-2. Saya telah membuat post sebelum ini tetapi kerana sedikit kekeliruan, maka saya membuat keputusan untuk membuat re-post tentang tajuk ini. Terima kasih kepada pensyarah yang disayangi En. Amran kerana dengan tunjuk ajar dan bimbingannya maka dapatlah saya menyelesaikan masalah yang dihadapi. Dalam kuliah minggu ke-2, kami telah mempelajari banyak perkara termasuklah soundscape, budaya muzik, sejarah, kategori alat muzik dan konsep atau struktur muzik.



Bunyi adalah gelombang yang merupakan ayunan tekanan yang dihantar melalui pepejal, cecair atau gas dan terdiri daripada frekuensi dalam lingkungan atau had pendengaran serta mempunyai peringkat atau level yang cukup kuat untuk didengar oleh organ pendengaran.

Untuk manusia, pendengaran biasanya terhad pada frekuensi sekitar 20 Hz hingga 20, 000 Hz (20kHz). Walau bagaimanapun had ini tidak pasti kerana bergantung kepada faktor usia seseorang. Spesies lain mempunyai lingkungan atau had pendengaran yang berbeza. Sebagai contoh, binatang seperti anjing boleh mendengar getaran yang lebih tinggi daripada 20 kHz.

Bunyi merupakan isyarat yang didengar oleh salah satu indera utama dan digunakan oleh banyak spesies untuk mengesan bahaya, sebagai alat komunikasi dan sebagainya. Semua hidupan di darat, dalam air dan hampir semua fenomena fizikal seperti kebakaran, hujan, angin atau gempa bumi menghasilkan (dan ditandai dengan) suara atau bunyi yang unik. Banyak spesies seperti katak, burung, mamalia laut dan darat, juga mempunyai organ khusus untuk menghasilkan bunyi. Manusia telah mengalami evolusi bunyi dengan menghasilkan lagu, pidato dan sebagainya. Lebih jauh lagi, manusia telah mengembangkan budaya dan teknologi seperti muzik, telefon dan radio yang membolehkan mereka untuk menghasilkan, merakam, menghantar dan menyiarkan bunyi atau suara.

(Ruj: http://en.wikipedia.org/wiki/Sound)



SOUNDSCAPE

Sebelum mentafsir apa yang dimaksudkan dengan soundscape, adalah lebih baik untuk kita mengetahui apa itu sound dan scape. Menurut Murray Schafer (1967), sound ialah suara atau bunyi manakala scape pula bermaksud pemandangan. Oleh itu, soundscape ditakrifkan sebagai pemandangan bunyi yang merujuk kepada bagaimana karektor bunyi mengambil tempat dalam konteks lingkungan suara.

Dalam pembelajaran kuliah minggu ke-2, En. Amran telah menguji ketajaman pendengaran pelajar dengan menunjukkan satu video yang mempunyai pelbagai bunyi. Contohnya seperti video di bawah ini.




Video 1 : Gentle Rain, Soothing Sound of Nature

Selepas mendengar bunyi yang terdapat dalam video di atas, uji pendengaran anda dengan menjawab soalan berikut:-

  1. Berapakah karektor bunyi yang terdapat dalam video ini?
  2. Bunyi/suara apa yang paling jelas didengar?
  3. Bunyi/suara apa yang paling merdu?
  4. Bunyi/suara apa yang paling jauh?
  5. Bunyi/suara apa yang paling selesa didengar?
Untuk mempelajari dengan lebih mendalam lagi tentang soundscape, anda bolehlah melawati laman ini. ( http://en. wikipedia.org/wiki/Soundscape)



Kepelbagaian warisan budaya dan kaum di Malaysia paling ketara dapat dilihat pada jenis-jenis muzik dan tarian yang terdapat di sini. Tarian kaum Melayu, Orang Asli serta beberapa suku kaum penduduk di Sabah dan Sarawak benar-benar eksotik dan menawan. Setelah sekian lama kaum Cina, India dan Portugis menetap di Malaysia, tarian-tarian tradisi negara asal mereka juga menjadi sebahagian daripada warisan dan budaya Malaysia. Setiap kaum yang ada di dunia ini mempunyai budaya muzik yang berbeza dan tersendiri.


BUDAYA MUZIK (MUSIC CULTURE)

Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, budaya ditakrifkan kepada tamadun, peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi.
(Ruj: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=budaya)

Muzik pula adalah sesuatu yang dicipta oleh manusia dalam dua cara iaitu mencipta atau membuat bunyi yang dipanggil bunyi dan mencipta atau membuat muzik mengikut domain budaya, persembahan dan aktiviti yang digelar muzik.

Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, muzik ditakrifkan sebagai sebuah gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan.
(Ruj: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=muzik)

Oleh itu, budaya muzik ialah penglibatan menyeluruh berkaitan muzik seperti idea, aksi, institusi dan material (peralatan, pakaian dsb). Ianya boleh diperkatakan melalui budaya muzik keluarga, komuniti, daerah, negeri atau negara. Budaya muzik dan sub-budaya muzik boleh dikenalpasti melalui genre.

Budaya muzik diturunkan dari generasi ke generasi. Setiap komuniti mempunyai muzik mengikut budaya masing-masing. Budaya muzik berkait rapat dengan muzik dan sistem kepercayaan, nilai estetika dalam muzik iaitu tanggapan atau kefahaman terhadap muzik, konteks muzik iaitu bagaimana sesebuah muzik dipersembahkan, berapa kerap, formal atau tidak formal serta cara menonton dan yang terakhir ialah sejarah muzik. Budaya muzik juga mementingkan penglibatan pencipta, pengamal, pendengar, pengajar dan institusi dalam aktiviti muzik. Repertoire muzik juga merupakan satu kompenen dalam budaya muzik. Repertoire muzik termasuklah stail, genre, teks, komposisi dan pergerakan.

Untuk mempelajari budaya muzik dengan lebih lanjut, anda bolehlah mencari buku yang bertajuk Seni dan Muzik: Refleksi identiti bangsa dalam konteks perubahan dan kesinambungan budaya yang ditulis oleh Tjetjep Rohendi Rohidi (2006) keluaran Fakulti Seni dan Muzik UPSI.



Masyarakat Melayu di Malaysia kaya dengan pelbagai kesenian tradisional yang unik dan istimewa. Berbeza-beza dari satu tempat ke satu tempat yang lain seperti di negeri Melaka terdapat kesenian dondang sayang, nazam, dabus dan rebana keras. Di negeri Kelantan pula terdapat seni persembahan wayang kulit Kelantan, makyung, menora, tari asyik, dikir barat dan rebana kercing.

Di Negeri Sembilan pula terdapat kesenian seperti randai dan muzik caklempong. Di Negeri Johor terdapat kesenian seperti kuda kepang mabuk, zapin dan ghazal. Di Kedah pula terdapat jikey, wayang kulit gedek dan makyung laut. Di Perak terdapat dabus dan hadrah. Di Pahang pula terdapat muzik gamelan, joget gamelan dan lagu-lagu rakyat. Kesemua kesenian-kesenian di atas bukan sahaja berfungsi untuk tujuan hiburan malah berperanan sebagai saluran komunikasi tradisional dalam masyarakat.


SEJARAH MUZIK TRADISIONAL MALAYSIA

Sejarah muzik tradisional Malaysia dapat dilihat dari sudut dunia Melayu lama yang merangkumi Malaysia, Indonesia, sebahagian Thai, Kampuchea dan Filipina. Dalam konteks budaya, terdapat persamaan alat atau struktur muzik yang dipengaruhi oleh unsur-unsur Timur Tengah, India dan China. Interaksi sosiobudaya telah menghasilkan kepelbagaian genre.

Sejarah muzik tradisional dikaitkan dengan pergerakan manusia pada zaman Melayu Proto dan Melayu Deutro. Sejarah muzik juga banyak dipengaruhi oleh agama anamisme contohnya dalam penggunaan jampi serapah untuk memuja semangat dalam persembahan wayang kulit. Selain itu, muzik tradisional juga dipengaruhi oleh pedagang Arab atau Hindu pada kurun ke-13. Sifat toleransi Islam yang menerima budaya terdahulu dan menyerap cerita dan lagenda Islam menyebabkan wujudnya Zapin, Hadrah, Rodat, Dabus dan sebagainya.



Gambar 1 : Wayang Kulit

Selain itu, sejarah muzik tradisional juga mendapat pengaruh daripada Indonesia iaitu etnik Jawa, Minangkabau, Aceh dan Bugis yang bertapak di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor telah membawa kesenian seperti Wayang Purwa, Ketoprak, Kuda Kepang, dan Angklung. Selain itu, orang Bugis juga membawa masuk Joget Gamelan ke Terengganu dari Kepulauan Riau dan Rodat dari Sumatera melalui Sambas di Borneo.




Video 2 : Wayang Purwa

Muzik tradisional Malaysia juga mempunyai pengaruh Thailand yang bermula pada kurun ke-19 iaitu pada waktu Siam cuba menetapkan kuasa Kedaulatan ke atas Kedah, Kelantan, Perak, Pahang dan Terengganu melalui penghantaran bunga ufti. Pada masa yang sama, unsur-unsur kesenian Thailand telah diterapkan seperti Wayang Kulit Siam yang hampir sama dengan Wayang Nang Talung Talung di Thai. Terdapat juga unsur lain seperti Menora dan Mak Yung.




Video 3 : Menora

Muzik tradisional Malaysia juga menerima pengaruh daripada barat iaitu daripada Portugis yang telah memperkenalkan alat muzik seperti Violin dan Gitar. Pengaruh ini juga diperkuatkan lagi dengan penekanan drama dan teater oleh British. Hal ini telah mempengaruhi kemunculan bentuk muzik sinkretik seperti asli, keroncong, ghazal dan bangsawan yang kebanyakannya menggunakan alat muzik Barat.




Video 4 : Keroncong

Untuk mempelajari sejarah dan asal usul muzik tradisional Malaysia dengan lebih lanjut, anda bolehlah melayari laman ini.

http://www.johordt.gov.my/pelancongan/page/muzik_tradisional/
http://resam-melayu.com/

http://malaysiana.pnm.my/kesenian/Kor_Biola.htm




Mengikut pengelasan yang telah dirangka oleh Curt Sachs dan Erich Von Hornbostel pada tahun 1914, alat muzik Melayu terbahagi kepada empat kumpulan utama. Pengelasan ini adalah lebih spesifik, lebih inklusif dan lebih tepat. Dengan kaedah ini, instrumen dikelaskan mengikut cara bunyi daripada instrumen itu dihasilkan. Kaedah ini menjadi rujukan kepada para pengkaji muzik (musicologist) terutamanya pengkaji muzik etnik. Secara umumnya, kumpulan ini terdiri daripada empat kumpulan utama iaitu Aerofon, Idiofon, Kordofon dan Membranofon.


KATEGORI ALAT MUZIK

Aerofon

Dalam kategori aerofon, bunyi dihasilkan melalui getaran udara (biasanya di dalam instrumen). Instrumen atau bahagian tertentu padanya, dibentuk (selalunya tiub atau set bertiub) supaya getaran berlaku pada satu tempoh dan pitch tertentu. Dalam kategori earofon pula dibahagikan kepada sub-kategori mengikut apa kaedah yang digunakan untuk menghasilkan getaran udara tersebut samada wisel atau siulan, instrumen tiupan yang berlubang, jenis 'reed' atau mempunyai lubang tabung seperti buluh, pemipit instrumen jenis cup, paip organ dan free-aerophones. Instrumen muzik Melayu yang berada dalam kategori aerofon ialah serunai, nafiri, seruling hidung (turali-nose flute), selumprit, keluri dan sompoton (mouth organ).


Idiofon

Berbeza dengan aerofon, idiofon ialah getaran pada instrumen muzik itu sendiri yang menghasilkan bunyi. Idiofon disub-kategorikan mengikut kaedah menggetarkan instrumen seperti perkusi, idiofon berkocak (shake), idiofon gegaran/goncang (concussion), idiofon bergeser (friction), idiofon penggores, idiofon yang dihentak dan idiofon yang dipetik. Instrumen muzik Melayu yang berada dalam kategori idiofon ialah gong, bonang, saron, kenong, gambang dan banyak lagi.


Kordofon

Bagi instrumen kordofon, bunyi dihasilkan melalui getaran tali (strings). Kumpulan kordofon diklasifikasikan mengikut hubungan antara tali dengan kompenen resonans. Kompenen resonans memimik getaran asal dan bergetar dengan bunyi yang lebih kuat berbanding bunyi getaran asal. Sub-kategori kordofon bergantung kepada bagaimana tali pada instrumen dimainkan (contohnya dipetik atau digesek) dan jenis kompenen resonans. Dalam erti kata lain, alat muzik dalam kategori kordofon ialah alat-alat yang mengeluarkan bunyi kerana adanya getaran pada tali yang ditegangkan. Alat-alat seperti rebab, sape dan sebagainya tergolong dalam kategori ini.


Membranofon

Dalam kategori membranofon, bunyi bermula daripada getaran membran (kulit haiwan) yang teregang merentasi kompenen resonans (resonator). Membranofon di sub-kategorikan mengikut bentuk kompenen resonans instrumen. Contoh alat muzik Melayu yang terdapat dalam kategori ini ialah kompang, rebana dan banyak lagi.


(Ruj: http://malaysiana.pnm.my/kesenian/Index.htm)

Untuk mempelajari dengan lebih lanjut tentang pengelasan alat muzik tradisional, anda bolehlah melawati laman ini.

http://titas-oh-titas.blogspot.com/2009/03/pengenalan_16.html



Struktur atau konsep dalam muzik sangat penting untuk diketahui. Ini kerana, tanpa pengetahuan tentang konsep dalam muzik, kita tidak dapat menghayati mahupun menghargai muzik yang ada di dunia ini. Seperti yang En.Amran selalu tekankan bahawa muzik tidak universal sekiranya kita tidak mempunyai pengetahuan untuk menghayati dan menghargai muzik.


STRUKTUR/KONSEP MUZIK

Terdapat enam struktur atau konsep asas dalam muzik iaitu melodi, ritma atau meter, harmoni, bentuk atau form, notasi dan ekspresi atau tafsir.

Melodi

Melodi juga dikenali sebagai irama dalam sesebuah lagu. Terdapat 3 konsep melodi yang utama iaitu arah atas, arah bawah dan melintang atau berulang. Melodi juga mempunyai pic (pitch). Terdapat dua aspek penting dalam melodi iaitu timbre atau kualiti ton dan decorative tone atau ornament. Skel dan interval yang terdapat dalam melodi ialah ton, semiton, microtone, maqam, quarterton dan sebagainya.


Ritma/Meter

Ritma atau meter tidak mempunyai pic. Terdapat dua jenis ritma iaitu metrical rhythm dan non-metrical rhythm. Rentak ialah nada tetap yang menggerakkan melodi. Tempoh pula ialah kelajuan relatif lagu samada lambat, cepat atau sederhana. Detik (pulse) pula dikategorikan samada berkala atau sebaliknya.



Harmoni

Harmoni ialah bunyi yang dihasilkan melalui gabungan ton muzik. Harmoni dipersembahkan dengan permainan kord di piano atau gitar. Harmoni merupakan pelengkap kepada muzik. Harmoni mempunyai beberapa kategori iaitu monophonic, hetrophonic, homophonic dan polyphony.


Bentuk/Form

Bentuk atau form ialah gabungan dan susunan unsur-unsur muzik. Bentuk atau form merupakan idea yang bersifat muzik seperti frasa yang terdapat dalam sesebuah lagu. Ia melibatkan persamaan (pengulangan), keserupaan dan perbezaan antara frasa lagu. Contoh form yang biasa digunakan ialah ABA, AABA, AB dan banyak lagi.


Notasi
Notasi ialah simbol bertulis yang mewakili pic, jangka masa dan susunan berirama ton muzik. Ia melibatkan bunyi panjang atau pendek, kuat atau perlahan, tinggi atau rendah dan tekanan masa.


Ekspresi/Tafsir

Ekspresi atau tafsir ialah kepekaan kepada mood dan perasaan sesebuah muzik. Dalam konsep ini terdapat beberapa kompenen yang penting. Antaranya ialah tempoh iaitu kelajuan relatif lagu, dinamik iaitu kuat atau lembut relatif lagu, frasa iaitu struktur unit yang mengandungi ayat atau idea yang bersifat muzik yang sempurna dan corak ton iaitu ciri kualiti suara atau alat muzik.

Untuk mempelajari struktur atau konsep muzik dengan lebih jelas, anda bolehlah melayari laman ini.

http://cnx.org/content/m11647/latest/
http://en.wikipedia.org/wiki/Meter_(music)

http://historyofmusic.tripod.com/id6.html


Selain itu, anda juga boleh merujuk buku yang bertajuk Music: An Appreciation yang ditulis oleh Roger Kamien (2008).


Sekian dan terima kasih...
Teruskan Membaca...

Thursday, July 15, 2010

BIODATA

Nama

Marlin Binti Kisil

No Matriks

D20081032419

Program

Pendidikan Muzik

Kumpulan

C

Semester

Lima (5) / Semester 1 2010/2011

Subjek

SMP 2252 – Muzik Tradisional Malaysia

Email

mathgenius73@gmail.com

Alamat Blog

http://smp2252marlin.blogspot.com

Negeri Asal

Sabah

Foto

Teruskan Membaca...
 

Blog Pelajar Kumpulan A

  • JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN - Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Setelah 14 minggu dalam tempoh kuliah, akhirnya kelas SMP2252 Muzik Tradisional Malaysia berakhir deng...
    4 years ago
  • HADIAH KEPADA KAWAN2 - Ditujukan khas kepada kawan SMP2252 YA.. Kualiti tak berapa bagus sebab kali pertama saya buat slideshow..hahah.. Semoga semua orang akan berjaya dalam pep...
    4 years ago
  • Jurnal Refleksi Minggu 14 - Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kuliah pada minggu 14 ini adalah berkenaan dengan muzik tarian singa. Dalam tajuk ini beberapa perkara telah dibinca...
    4 years ago
  • minggu 13 : Jurnal Refleksi - Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera... Pada minggu ini, kami mempunyai ujian dikehendaki menjawab soalan bagi melengkapkan kursus ini dan pembent...
    4 years ago
  • JURNAL REFLEKSI MINGGU 14 - Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua, tanpa kita sedari, telah 14 minggu kita semua bersama menelusuri ilmu berkaitan dengan muzik tradisiona...
    4 years ago
  • Jurnal Refleksi : Minggu 14 - Refleksi pada minggu ini merupakan refleksi minggu yang terakhir bagi kelas SMP 2252. Terdapat banyak perkara baru yang diperoleh selama 14 minggu menye...
    4 years ago
  • Minggu 14 : Jurnal Refleksi - Pada minggu ke 14 adalah minggu yang terakhir dalam kursus ini, banyak perkara yang kami perolehi setelah mengikuti kursus ini hingga ke akhir kursus ini. ...
    4 years ago
  • MINGGU 14:JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua terutama pensyarah kita, En. Amran Aris. Pejam celik pejam celik, rupanya sudah sampai minggu ke-14 dan mi...
    4 years ago
  • MINGGU 14 :JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum kepada pensyarah dan kawan-kawan semua. Minggu ini merupakan mingg yang terakhir kita belajar berkenaan dengan muzik tradisional. pada ming...
    4 years ago
  • MINGGU 13:JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum. Setiap perjalanan hidup adalah pengalaman. Setiap pengalaman itu adalah pengetahuan. Setiap pengetahuan bermakna kepandaian dan setiap ke...
    4 years ago
  • MINGGU14: JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum dan salam sejahtera..... Sedar tak sedar, diam tak diam , akhirnya kita telah berada di minggu yang terakhir kuliah bagi semester 1 sesi 20...
    4 years ago
  • Reflesksi Keseluruhan - Sudah 14 minggu bersama dalam mengikuti kuliah muzik tradisional. Pelbagai reaksi dan gelagat melalui pembelaran kursus ini. Pembelajaran dalam kuliah-kuli...
    4 years ago
  • Minggu 11 : Jurnal Refleksi - Assalamualaikum.... Pada minggu ini, kumpulan yang terbabit membentangkan mengenai tajuk Ghazal. Pembentangan kali ini adalah untuk kali yang kedua buat kum...
    4 years ago
  • JURNAL REFLEKSI - Bunyi adalah penting dalam mencipta sesuatu irama di dalam muzik. Dengan menyusun bunyi yang betul maka akan terbinanya muzik itu. Bunyi yang terhasil ada...
    4 years ago
  • BIODATA - NAMA : ZAHARAH BINTI MUSA NO.MATRIK : D20072031542 PROGRAM : PENGAJIAN MALAYSIA DENGAN PENDIDIKAN KUMPULAN : A SEMESTER : 6 SUBJEK : SMP2252 - MUZIK TRA...
    4 years ago

Blog Pelajar Kumpulan B

  • Jurnal Refleksi : Minggu 14 - Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia... Pagi-pagi makan roti, Roti dimakan bersama gula, Assalamualaikum pembuka bicara, Untuk santapan rakan semua. Be...
    4 years ago
  • JURNAL MINGGU KE-14 - Tarian singa, pada minggu ke 14 vkita telah diajar mengenai tarian singa dalam budaya masyarakat cina, dalam masyarakat cina tarian cina selalunya dimainka...
    4 years ago
  • refleksi jurnal : minggu ke 14 - Salam Lembaran minggu ke 14 Di kuliah ini kami ditunjuk dan dipersembahkan berkaitan suatu kesenian yang berkisarkan tentang tarian singa.Tarian ini adalah...
    4 years ago
  • Jurnal Refleksi : Minggu 14 - Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.. Setelah 14 minggu mengikuti kursus muzik tradisional malaysia,saya dapat membuat kesimpulan bahawa kuliah ini banyak...
    4 years ago
  • MINGGU 14: REFLEKSI KESELURUHAN - Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada pensyarah En Amran dan rakan-rakan sekalian. Sedar tidak sedar kita sudah sampai ke akhir kuliah Mu...
    4 years ago
  • Minggu 13 : Jurnal Refleksi - Salam Sejahtera kepada semua warga SMP 2252. Jurnal refleksi ini merupakan jurnal yang terakhir untuk kursus ini. Dalam minggu yang terakhir ini, tajuk yan...
    4 years ago
  • Minggu 13 : Jurnal Refleksi Terakhir - Ini merupakan minggu terakhir bagi kelas SMP 2252 Muzik Tradisional. Saya yakin bahawa semua pelajar dalam kelas ini berasa sedih kerana kela ini telah pun...
    4 years ago
  • MINGGU 14 REFLEKSI JURNAL - Assalamualaikum w.t.b… Sampai sudah kita di penghujung kuliah. Walaupun terpancar rasa gembira pada wajah pelajar SMP2252 tetapi perasaan sedih tidak dapa...
    4 years ago
  • Minggu ke-14 : Refleksi keseluruhan - Salam Sejahtera kepada semua..................... Kursus ini merupakan satu subjek yang betul-betul memberikan saya banyak ilmu pengetahuan. Saya masih ing...
    4 years ago
  • MINGGU 14 : JURNAL REFLEKSI - Sedar atau tidak kita sudah sampai ke minggu ke 14, ini bermakna ini adalah minggu terakhir dan selepas ini, kami semua akan menduduki perperiksaan akhir. ...
    4 years ago
  • JURNAL REFLEKSI: MINGGU KE TIGA BELAS - Salam Sejahtera.. Subjek muzik tradisional Malaysia merupakan satu subjek yang memberikan banyak pengetahuan tentang bidang muzik tradisional. Disamping pe...
    4 years ago
  • MINGGU 13 ;JURNAL REFLEKSI - Assalammualaikum dan salam perpisahan buat rakan-rakan blog... Bertemu kembali kita di dalam refleksi jurnal minggu ketiga belas dan ternyata minggu ini m...
    4 years ago
  • RUMUSAN KULIAH - Assalamualikum w.b.t dan Salam Sejahtera. Kini telah tiba waktu perpisahan antara semua pelajar SMP 2252 Muzik Tradisional. Saya yakin dan percaya pasti r...
    4 years ago
  • JURNAL REFLEKSI KE-14 - Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.. Sedar atau tidak kita telah sampai ke penghujung minggu iaitu minggu ke-14 di semester ini. Pada minggu ke-14, kulia...
    4 years ago
  • Minggu 14: Jurnal Refleksi - Asalamualaikum w.b.t, salam 1 Malaysia dan Salam Perpisahan buat rakan-rakan SMP2252 (Muzik Tradisional Malaysia)serta pensyarah En Amran Aris Pertamanya ...
    4 years ago
  • Minggu 6: Jurnal Refleksi - Salam Warisan & Salam 1 Malaysia... (^_^) Di Ruangan Ini Bertemu Lagi, Untuk Melengkapkan Jurnal Refleksi, Makyung & Kompang Kuliah Kali Ini, Persemba...
    4 years ago
  • BIODATA - NAMA : ZAHARAH BINTI MUSA NO.MATRIK : D20072031542 PROGRAM : PENGAJIAN MALAYSIA DENGAN PENDIDIKAN KUMPULAN : A SEMESTER : 6 SUBJEK : SMP2252 - MUZIK TRA...
    4 years ago

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 MARLIN Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template